"Duhai malam tahukah kau hatiku kini..hatiku terlalu resah..mungkin kerana terlalu rindukan dia yang jauh di mata,entah di mana berada.
Duhai angin segera khbarkan..apa khabarmu kasih?Lenakah tidurmy tadi malam?Mimpikah dikau padaku,rindukah dikau padaku sebagaimana aku yang layu di tasik rindu..rindu padamu kasih.Akan kereingkah air di kolam kerinduan ini,menanti pertemuan kita..
Duhai bulan,limpahkan cahayamu sekarang purnama empat belas.Sudikah kau menemani malam-malamku,mengarang warkah cinta buat kekaksihku yang jauh di mata,sehiba pungguk yang setia merayu menemani malam-malammu..
Duhai pungguk,setiakah kau pada bulan,hentikah pujuk rayuanmu andai bulan suram cahayanya ditutup awan,sebagai aku yang lemas,tenggelam menunggu mataku lelap agar dapat bersua denganmu kekasih di
dalam mimpi.
Duhai kasih,di manakah dikau?Apakah berada si tempat yang k bayangkan.Hadirlah..Aku tidak ingin kau mengunjungi mimpiku lagi,aku ingin mendengar suaramu membisikkan kata-kata rindu dan kasih padaku...hadirlah!"

"Andai kau bisa bersuara,akan ku sapa dikau hantarkanlah pesanan pada si dia yang ku rindu.Katakan padanya wahai si burung bahawa aku benar-benar rindu..ingin menatap wajahnya,ingin mendengar suaranya,agar malamku tidak diganggu mimpi lagi.."

"Kalau kudapat buka pintu hati in pada cinta seorang lelaki lagi..akan kuberikan padamu..kerana kau yang paling setia,menharungi lautan deritaku..membakar semangat,mengembalikan keyakinan dan kekuatan untuk meneruskan juangan dalam kehidupan..tetapi syangnya,sehingga hari ini,hatiku masih terkunci..bergitu kukuh sekali!"

Comments